Thursday, December 31, 2020

1.1.2021

 Hr pertama utk 2021 ni.Semoga segala urusan dipermudahkan utk tahun ni dan semoga kes covid terkawal,tidak melonjak kpd 4angka spt tahun 2020 sebelumnya.kena belajar hidup ngan virus ni sehingga vaksin ada.

   Teringat masa PKP dulu,kat blog ni lah menulis ttg apa yg berlaku pasal covid ni,baik dalam malaysia atau seluruh dunia.

Monday, December 28, 2020

Gambar suka-suka.

 



Alhamdulillah,dah sampai penghujung 2020 tapi kes covid19 masih tak sudah2 diMalaysia dan diseluruh dunia.Harapan untuk tahun depan semoga murid-murid kat seluruh Malaysia ni(termasuk anak murid aku) dapat kembali semula kesekolah walaupun dengan norma baru seperti mana tahun 2020.

Monday, July 20, 2020

Kenangan hari raya.

posting kali ni xde kaitan ngan covid19 tp berkaitan dgn sambutan hari raya.

Saturday, July 18, 2020

PKPB



Suasana kedai mamak dlm tempoh pkpb.ada social distancing antara meja.

Friday, July 17, 2020

Aktiviti sebelum PKP(Kursus Kepimpinan Pengawas)









Kenangan semasa PKP

Kalau sebelum ni ada post aku yang bertajuk kenangan sebelum PKP,kali ni post ttg kenangan semasa pkp(pkpb sebenarnya).mintak dijauhkanlah apa2 jua bentuk pkp ni.











Saturday, June 6, 2020

Covid19-6/6/2020

Entry yg pertama untuk bln jun 2020.Alhamdulillah,PKP dah dilonggarkan sedikit dan dikenali sbg PKPB.namun ada SOP yg perlu dipatuhi seperti kalau nak mkn kat luar kena tulis nama,no.hp serta dicatatkan suhu customer.
   Gambar dibawah adalah panggung MBO kat setapak sentral yg masih ditutup.

Saturday, May 23, 2020

24.5.2020(1 syawal)

1 syawal..berakhir ramadhan bg tahun masihi 2010.suasana yg benar berbeza dr tahun2 sebelumnya.tertanya2 pd diri sendiri sampai bila semua nak online.kelas online,takbir raya online.masjid cuma 30 org shj itupun yg terpilih.harap semua kembali spt keadaan asal.






Thursday, April 30, 2020

30/4/2020-4.53p.m.

Hari terakhir utk bulan 4.lebih kurang 42 hari dah dok terperap kat kuarters cochrane ni.setiap kali bangun berharap adalah perubahan seperti dapat jalani kehidupan seperti biasa tapi realitinya masih terperuk kat rumah jugak.setiap malam sebelum tido bayangkan kehidupan yang dilalui sebelum PKP ni.semoga ada pengakhiran utk PKP ni.

Tuesday, April 28, 2020

Tamat Fasa 3 (28/4/2020-10.50 p.m.)

Taknak komen banyak.Esok bermula 1 lagi pusingan PKP hingga 12.5.2020..Gambar kat bawah  sekitar Covid19.. termasuk juga pengumuman tarikh berpuasa.





Saturday, April 25, 2020

Covid19(26/4/2020)

Tak taulah bila covid19 ni nak berakhir didunia dan malaysia.tgk perangkaan seluruh dunia meningkat.kalau berakhir pkp ni pun bolehlah berjln2 dlm malaysia aje.nak berjalan luar negara lupakan dulu hajat tu...

Tuesday, April 14, 2020

End of phase 2 MCO(14.4.2020)

Hari ni adalah hari terakhir PKP fasa 2.tak taulah bila semua ni nak habis.malas nak tunggu pengumuman bila PKP ni nak ditarik balik.Takut frust.baik xpayah umumkan 2 minggu.umumkan sebulan terus.(18.3.2020-18.4.2020).kalau keadaan masih berterusan tambah lagi sebulan.Hmm..

Sunday, April 12, 2020

12.4.2020(8.35 p.m.)

PKP,MCO,RMO-Tiga perkataan keramat sekarang ni.
PKP-Perintah Kawalan Pergerakan.
MCO-Movement Control Order
RMO-RESTRICTED MOVEMENT ORDER.

Janganlah berpanjangan hendaknya apabila Syawal menjelang.Sayu rasanya kalau sambut raya kat rumah.

Tuesday, March 31, 2020

31.3.2020

31.3.2020-Hari terakhir PKP fasa 1.Kalau ikutkan ni hari terakhir dan esok live back to normal.Apakan daya bersambung lagi 14 hari fasa 2 bermula esok selama 14 hari.Well,org kata mental kena kuat...Jgnlah berpanjangan hingga akhir ramadhan..Aaamin

Wednesday, March 25, 2020

Kenangan sebelum PKP(Pt 1)





Lagi-lagi corona virus(26/3/2020) 12a.m.

Mendengar bijak pandai berbicara mengenai covid-19.bercakap seolah-olah mintak PKP dilanjutkan.betul mental kena bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.suka agaknya duduk berbulan-bulan lama kat rumah.apa yang kita cakapkan adalah satu doa..

25.3.2020(7.22p.m.)

Seminggu dari tarikh perintah kawalan pergerakan.baru diumumkan kat tv tgh hari tadi dilanjutkan hingga 14.4.2020.ya Allah janganlah dilanjutkan lagi.kasihanilah anak murid ku yang ditinggalkan lebih kurang sebulan lamanya.




Sunday, March 22, 2020

Larangan Kawalan Pergerakan Terhad(22.3.2020)

Hari ke5 kawalan pergerakan terhad dan genap seminggu dari majlis resepsi afiq.Alhamdulillah najlis dibuat sebelum tarikh larangan berkuat-kuasa.As for me,I Hope that i can last until the last day.Kalau dulu boleh bertahan dok kat rumah 6 bulan pasal eksiden kenapa tidak sekarang..

Friday, March 13, 2020

Monday, March 2, 2020

Kursus Kepimpinan Pengawas SKTKP(Part 1)

Kursus kepimpinan pengawas yang telah diadakan pada 22/2/2020 yang lalu disekolah...